Sunday, April 3, 2016

Sanam Teri Kasam


Sanam Teri Kasam

Movie Title
Sanam Teri Kasam

Release
2016

Sinopsis
Kisah ini berkisar berkenaan percintaan dua insan berbeza latar belakang, Inder dan Saru. Inder seorang bekas banduan yang tinggal di satu komuniti terkawal. Saru pula dibesarkan dalam keluarga yang memegang kuat ajaran agama dan adat. Saru bertugas sebagai seorang pustakawan. Satu hari Saru terperangkap di dalam lif bersama Inder; dan di sini Inder mula menaruh perasaan pada Saru.

Kisah bermula apabila peminangan Saru ditolak untuk kali kesepuluh. Saru bertemu dengan Inder di rumahnya untuk mohon bantuan makeover dirinya supaya dia dapat memikat lelaki seperti kehendak bapanya. Malangnya, mereka ditangkap basah dan bapanya terus membuang Saru dari hidup mereka sekeluarga dan menganggap dia telah mati.

Inder memberi bantuan pada Saru untuk terus hidup; makeover, rumah dan apa sahaja yang diperlukan Saru. Setelah Saru bertukar perawakan, jejaka idamannya Abhimanyu, mula melamarnya. Walau kecewa Inder tetap membantu menguruskan hidup dan halatuju Saru. Selepas diketahui Saru menghidap tumor di otak, Abhimanyu mula menjauhkan diri dengan Saru. Malah dia tak hadir ke upacara pendaftaran perkahwinan mereka.

Saru kecewa dan terus lari menyendiri dari semua orang. Walaubagaimanapun, Inder tetap mencari dan akhirnya mereka diketemukan jua. Inder menerima keadaan Saru walau dia tahu hayat Saru sudah tiba ke penghujung. Komuniti setempat tetap tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Laporan polis dibuat menyebabkan Inder ditahan polis. Saru mula risau apabila Inder tidak datang bertemunya seperti biasa. Ketika dia membawa diri ke perpustakaan, dia baru tersedar bahawa Inder sentiasa menulis memo pada dirinya pada setiap kad pinjaman buku. Ketika itu barulah dia sedar betapa Inder mencintai dirinya.

Inder akhirnya berkahwin dengan Saru dan meninggal selepas mereka menjadi pasangan suami isteri. Demi wasiat Saru, Inder kembali pada bapa yang dibencinya untuk memohon tanah di mana sebatang pokok Oak ditanam; tempat yang akan menjadi pusara Saru. Bapanya sedar kesilapan masa lalunya pada Inder, tapi semuanya telah terlambat.

Komen
Memang best. Tak pernah aku layan cerita cinta. Tapi yang ni... marbeles.

Star Ranking
4 over 5

8 comments:

GuestBook