Saturday, June 11, 2016

Eddie The Eagle

Eddie The Eagle

Eddie The Eagle

Movie Title
Eddie The Eagle

Release
2016

Sinopsis
Kisah Eddie Edwards yang sentiasa berazam untuk menyertai Olimpik walaupun sedar kekurangan dirinya. Ibunya sentiasa menyokongnya, sebaliknya pula dengan bapanya. Akhirnya dia membulatkan tekad untuk menyertai pasukan Olimpik musim sejuk. Namun demikian atas kekurangan dirinya, Jawatankuasa Olimpik British tetap menolaknya.

Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mencuba sebagai ski jumper, satu acara yang tiada penyertaan daripada UK. Dia bersendirian ke pusat latihan di Jerman untuk berlatih sendirian. Dia berhasil dengan cubaan 15 meter, Namun cedera pada lompatan 40 meter. Di sinilah dia berkenalan dengan Bronson Peary, pemabuk yang rupanya bekas juara Amerika ski jumper. Bronson kemudiannya melatih Eddie dan berjaya menguasai 40 meter

Eddie akhirnya berjaya memecahkan rekod UK, walau berada ditempat terakhir dalam saingan; membolehkannya untuk menyertai Olimpik mewakili UK. Walaubagaimanapun disebabkan syarat olimpik yang terkini, dia perlu melepasi 61 meter, dia meneruskan lagi latihan bersendirian. Walaupun tidak berjaya tetapi semangat Eddie yang kuat dan telatahnya menjadikannya peserta favourite.

Eddie kembali ke UK sebagai wira walaupun berada di tempat terakhir. Dan kepuasannya adalah apabila bapanya sendiri mengakui kejayaannya.

Komen
Memang terbaik!!! Seronok pulak tengok semangat Eddie yang tak pernah mengalah. Biar diejek semua orang, dia tetap meneruskan.

Star Ranking
4 over 5

Friday, June 10, 2016

Warcraft : The Beginning


Warcraft : The Beginning

Movie Title
Warcraft : The Beginning

Release
2016

Sinopsis
Gul'dan menyatukan seluruh klan orc menjadi kesatuan Horde, meninggalkan Draenor; tanah asal mereka yang semakin hancur, ke duania baharu Azeroth. Turut sama dalam kesatuan itu adalah ketua puak Serigala Frost, Durotan, isterinya Draka dan rakan baiknya Orgrim Doomhammer. Gul'dan membantu Draka melahirkan anaknya menggunakan kuasa fel ketika mereka menyeberangi Portal ke Azeroth.

Sir Anduin Lothar komander tentera Stormwind, bersama Raja Llane mempertahankan Azeroth. Ketika menyiasat sebuah kampung yang diserang the Horde, dia menemui Khadgar seorang mage. Lothar bersama Khadgar ditugaskan bertemu the Guardian, Medivh untuk meminta bantuan. Di sini Khadgar bertemu dengan roh yang menunjukkan padanya satu buku untuk dibacanya. Khadgar meneliti buku yang diambilnya dan mendapati portal tidak dapat dibuka dari Draenor sahaja melainkan ada bantuan kuasa dari Azeroth.

Mereka kemudiannya menjejak kuasa fel yang ditinggalkan sebelum diserang hendap oleh the Horde. Dengan bantuan Medivh semua Orc yang ada terbunuh dengan kuasa saktinya. Namun, kuasa sakti itu tak memberi kesan pada Durotan, Orgrim, dan ketua the Horde, Blackhand. Durotan membebaskan Garona, separuh Orc; hamba Gul'dan yang terantai pada Orc yang telah terbunuh; tetapi kemudiannya ditangkap semula oleh Khadgar. Raja Llane membebaskan Garona, yang bersumpah taat pada raja dan membantu Stormwind.

Garona kemudiannya membantu Raja Llane untuk bertemu dengan Durotan, membina pakatan sulit. Namun. Rahsia ini dibocorkan oleh Orgrim Doomhammer dan keseluruhan mereka diserang hendap oleh Blackhand. Callan, anak kepada Lothar dibunuh oleh Blackhand. sebagai timbalbalas tangannya yang diputuskan oleh Lothar. Durotan dipenjara atas pengkhianatannya pada the Horde, seluruh klannya dibunuh. Draka walaubagaimanapun sempat menyelamatkan anaknya dengan menghanyutkannya ke sungai sebelum terbunuh. Durotan kemudiaannya mencabar Gul'dan dalam pertarungan. Akhirnya mati setelah Gul'dan menggunakan kuasa saktinya. Namun kematiannya membuka mata sebahagian besar Orc, yang mana perlawanan itu sepatutnya menggunakan tenaga fizikal sahaja.

Khadgar balik ke Dalaran dan bertemu Alodi, guardian lagenda yang menyatakan Medivh telah mengkhianati Azeroth disebabkan terpengaruh dengan kuasa fel, dan telah mula dikuasainya. Medivh telah mula menjadi syaitan dan membantu Gul'dan membuka semula portal untuk lebih banyak the Horde masuk ke Azeroth.

Raja Llane tiba ke portal, mendapati Durotan telah mati dan keseluruhan the Horde menyerang mereka. Khadgar bersama Lothar melawan Medivh dan berjaya menewaskannya. Dalam keadaan nyawa ikan, Medivh membantu mengubahhala portal. Raja Llane berjaya membebaskan rakyatnya dan menyelamatkan mereka menerusi portal berkenaan. Namun portal tertutup dengan kematian Medivh meninggalkan Raja Llane bersama beberapa pahlawannya dan Garona.

Bagi menyelamatkan mereka, Raja Llane membisikkan sesuatu pada Garona; membunuhnya demi yang lain. Garona membunuhnya Raja Llane dalam keadaan yang terpaksa dan diterima sebagai hero pada the Horde. Lothar tiba dan ditangkap ketika cuba membawa mayat Raja Llane keluar. Dia kemudiaanya dicabar oleh Blackhand dan berjaya membunuhnya. Garona berjaya menyatukan hati the Horde, ingkar pada Gul'dan; supaya Lothar dapat keluar membawa mayat Raja Llane.

Cerita diakhiri dengan penyatuan Stormwind dengan Elf dan Dwarf oleh Lothar dan Go'el, anak Durotan ditemui oleh manusia.

Komen
Best. Kembalinya nostalgia bermain Warcraft zaman U dulu dulu. Perghhh!!!

Star Ranking
4.5 over 5

GuestBook