Friday, August 10, 2018

Pad Man


Pad Man

Movie Title
Pad Man

Release
2018

Komen
Serius cerita ni sangat memberi motivasi dan inovasi pada aku. Plot simple aje berdasarkan kisah benar. Keprihatinan yang sangat mendalam hingga menyebabkan seorang biasa menjadi inovator yang dikenali ramai. Terbaeekkk!!!!

Sinopsis
Lakshmikant pelik apabila melihat isteriya yang akan berasingan dengannya setiap kali tiba minggu uzur. Dia cuba membeli pad yang pada ketika itu sangat mahal. Isterinya juga enggan untuk menggunakan disebabkan harga yang sangat tinggi. Selepas satu insiden ditempat kerja, kata-kata dari doktor yang merawat rakan sekerjanya membuka minda Lakshmi untuk menghasilkan pad baharu dengan harga mampu milik pada semua. Sikapnya menyebabkan seluruh penduduk menggelarnya gila namun dia tetap tidak patah semangat. Pertemuannya dengan Pari meningkatkan semula semangatnya. Hasilnya diangkat ke pertandingan inovasi dan berjaya menggondol anugerah. Namun dia tidak mahu menjual inovasinya disebabkan kos akan mula meningkat semula sedangkan cita-citanya adalah untuk menghasilkan barang mampu milik oleh semua. Bersama Pari dia mula bergerak dari kampung ke kampung dan memperkenalkan inovasinya. Hasil usahanya mula membuahkan hasil dan diiktiraf sehingga dia mula dikenali sehingga ke tahap antarabangsa.

Star Ranking
4.5 over 5

Friday, August 3, 2018

Kaala


Kaala

Movie Title
Kaala

Release
2018

Komen
Lagi cerita pasal kuasa rakyat. Memang tahun ni bertaburan filem berkaitan pasal kuasa rakyat. Nampak dah rajni dah makin tua. Aku tak berapa suka sangat sebab banyak sangat orang mati dalam cerita ni. Sangat straight forward. And of coz aku pun tak pasti rajni mati ke idak malam dia kena ambush sebelum orang jahat tu mati kena keroyok reramai.

Sinopsis
Kisah menteri Hari Dhadha yang cuba merampas tanah dan membangunkan kawasan Dharavi. Usahanya sentiasa digagalkan oleh Kaala. Kepulangan Zareena, bekas kekasih Kaala untuk membangunkan kawasan itu mendapat sambutan semua, sehinggalah Kaala mendedahkan yang Hari Dhadha sebagai dalang sebenar. Isteri dan anaknya terbunuh dalam keadaan kacau bilau yang ditimbulkan Hari Dhadha. Kemuncak kekacauan yang ditimbulkan menyebabkan rakyat mula sedar dan melawan semula. Usaha terakhir Hari Dhadha untuk membunuh Kaala juga menambahkan lagi kemarahan rakyat dan dia terbunuh semasa upacara pengambilan tanah Dharavi. 

Star Ranking
4.0 over 5

Friday, July 20, 2018

Bharat Ane Nenu


Bharat Ane Nenu

Movie Title
Bharat Ane Nenu

Release
2018

Komen
Lama tak nulis pasal movie kan. Cerita ni serius best! Memang terbaeekkk!!!! Kisah politik era baharu. Penyusunan plot yang menarik dan ending memang cool beb!

Sinopsis
Kisah bermula dengan hero Bharat yang menerima ijazah kelimanya di Universiti Oxford. Dalam dia berkira-kira untuk menyambung pengajiannya dengan ilmu baharu, dia menerima pengkhabaran berkenaan kematian bapanya, Ketua Menteri negeri Andhra Pradesh meninggal dunia. Dalam perjalanan pulang ke tempat yang tidak disukainya itu, dia mengimbas semula kisah silamnya semasa kecil. Ibunya yang mendidiknya dengan tegas; dan bapanya yang sibuk dengan politik. Setelah kematian ibunya, bapanya berkahwin dengan ibu tirinya yang baginya tidak menyayanginya. Dengan kesibukan bapanya dan ketidakendahan ibu tirinya; dia lebih rapat dengan jiran sebelah rumahnya. Apabila jirannya berhijrah ke London, dia meminta izin bapanya untuk ikut serta ke London.

Setibanya dia di rumah bapanya. Semua upacara telah selesai. Dia mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar negeri dan sangat pelik dengan sikap masyarakat setempat. Sedang dia berkira-kira untuk pulang semula ke London, pakciknya meminta dia untuk menjadi Ketua Menteri menggantikan bapanya. Walaupun berat, akhirnya dia menerimanya. Dan bermulalah kisah Ketua Menteri termuda mentadbir negeri Andhra Pradesh.

Dia mengubah dasar dan pegawai yang ada menyebabkan timbul keresahan di kalangan semua menteri. Pelbagai cubaan menjatuhkannya tapi dia berjaya mengekangnya dengan baik menyebabkan rakyat bertambah sayang dengannya. Akhirnya terbongkar pelbagai salah laku yang menyebabkan rakyat menderita selama ini yang didalangi oleh pakciknya sendiri. 

Star Ranking
4.8 over 5

Wednesday, June 13, 2018

Rangasthalam


Rangasthalam

Movie Title
Rangasthalam

Release
2018

Komen
Cerita simple tapi menarik beb. Kisah rakyat marhaen yang dikekang haknya di kampung Rangasthalam. Penyusunan plot yang menarik dan ending memang luar jangka habis. Terbaeekkk!!!!

Sinopsis
Cerita bermula dengan hero Chitti menyelamatkan Daksina Murthy, seorang menteri yang dilanggar lari oleh sebuah lori. Dia terus menjaga Murthy di hospital walau orang lain semua dah berputus harap. Kisah kemudiannya diflashback ke kampung Rangasthalam. Chitti seorang pemuda separa pekak yang baik dan suka menolong orang. Dia bekerja dengan Rangamma yang digelarnya makcik dan jatuh cinta pandang pertama dengan Ramalakshmi. Rangasthalam dikuasai oleh presiden. Itu yang digelar semua orang. Dia sentiasa menang dalam pemilihan ketua disitu dan tiada siapa berani melawan kehendaknya sejak 30 tahun yang lepas. Dia memeras orang kampung dengan kejam.

Satu hari abang Chitti, Kumar pulang dari Dubai. Dia merasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku di kampungnya. Dia mula mencalonkan dirinya sebagai calon ketua kampung menentang presiden. Disokong oleh menteri Dakshina Murthy Kumar dan Chiti mula meraih sokongan orang kampung. Rangamma mula merasa risau dan bercerita pada Chitti apa yang sebenarnya berlaku pada suaminya. Rupanya, suaminya telah dibunuh setelah cuba bertanding ketua kampung pada sesi yang lepas. Chitti mula menjaga abangnya dimana-mana sahaja.

Suatu malam Kumar keluar berjumpa dengan teman wanitanya, Padma tanpa memberitahu Chitti. Dia terdedah dengan serangan orang presiden dan mati disebuah gerai selepas diselamatkan Chitti. Chitti mula mengamuk dan menyerang presiden bersama semua orang kampung. Presiden dan orang-orangnya lari meninggalkan kampung dan perubahan kuasa beralih pada Rangamma yang dipilih menggantikan Kumar. Chitti pada masa yang sama masih meneruskan pencariannya menjejak presiden.

Cerita kembali ke saat Chitti menjaga Dakshina Murthy di hospital. Setelah dua tahun akhirnya Murthy sembuh. Dua bulan kemudian, Chitti berjumpa Murthy secara bersendirian untuk menyelesaikan urusannya; mengetahui sebab sebenar kenapa Murthy membunuh abangnya sebelum membunuhnya.

Star Ranking
4.8 over 5

Thursday, June 7, 2018

Diya


Diya

Movie Title
Diya

Release
2018

Komen
Pergghhh. Cerita hantu comel kot. Tu sebab sanggup layan dari mula sampai habis. Lepas bapa mertua dia mati macam dah boleh target siapa akan mati seterusnya. Cuma. Ending dia memang luar jangka. Tak sangka yang last sekali mati adalah mak dia sendiri. Best beb layan.

Sinopsis
Kisah Tulasi dan Khrisna yang dipaksa untuk menggugurkan kandungannya di usia remaja. Tulasi masih tidak dapat melupakan kandungannya yang dinamakannya sebagai Diya. 5 tahun kemudian mereka dikahwinkan sepertimana perjanjian antara keluarga mereka dan ketika ini kelibat Diya semakin ketara. Mangsa pertama Diya adalah ayah mertua Tulasi dan selepas itu seorang demi seorang yang terlibat dalam kes penggugurannya mati. Mangsa terakhir adalah ayahnya sendiri iaitu Krishna. Namun akhirnya kemarahan Diya dapat ditenangkan oleh ibunya Tulasi.

Star Ranking
4.5 over 5

Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders


Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders

Movie Title
Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders

Release
2017

Komen
Kamen Rider memang best dilayan terutama bila dijadikan movie. Legend Rider pun dah makin naik ke atas. Takde lagi dah legendary seven yang mana aku membesar bersama satu ketika dulu. La ni legend dan main around heisei aje. OOO dan Fourze memang cool beb. Kisah Ankh yang hidup semula untuk Tajador memang best!

Sinopsis
Ex Aid dan Para-DX bertempur dan dikalahkan oleh Build 2 tahun lepas. Ex-Aid hilang kuasa manakala Para-DX tercampak ke dunia Build. Sento menerima dua botol baharu dari insiden yang disangkanya cuma mimpi. Dunia seterusnya dikejutkan dengan kehadiran Nebula Bugster yang mana hanya boleh dikalahkan oleh Kamen Rider berunsur permainan video. Ryuga tercampak ke dunia Ex-Aid ketika cuba merampas kembali botol baharu daripada Kaiser yang menyerang mereka menerusi Enigma. Enigma dan Kaiser wujud dan mereka cuba untuk menyatukan kedua-dua dunia. Kejadian ini mengejutkan Kamen Rider lain, Fourze, OOO, Gaim, dan Ghost untuk turut sama berjuang memusnahkan Enigma dan mengalahkan Kaiser.

Star Ranking
3.5 over 5

A Wrinkle in Time


A Wrinkle in Time

Movie Title
A Wrinkle in Time

Release
2018

Komen
Filem sains fiksyen yang padat dipenuhi dengan kesan CGI. Saduran novel dengan tajuk yang sama. A bit lost dan bila dah jumpa bapak dia terus jadi macam filem gred C. But for me. So so lah.

Sinopsis
Kisah seorang budak perempuan, Meg Murry yang hilang semangat selepas kehilangan bapanya seorang saintis yang menjumpai kaedah mengembara ke alam semesta menggunakan minda dan fikiran yang dikenali sebagai Terrasect. Adiknya Charles Wallace yang sentiasa berkelakuan pelik memperkenalkannya dengan Mrs Whatsit, Mrs Who dan Mrs Which. Bersama rakan sekelasnya Calvin mereka mengembara merentasi alam semesta untuk menyelamatkan bapanya yang ditawan entiti jahat. Pengembaraan ini merubah segalanya dan membina jati diri baharu pada mereka bertiga. Bapanya dapat diselamatkan namun adiknya diserap oleh entiti jahat tersebut. Meg Murry berjaya membina semula keyakinan dan jati dirinya seterusnya menewaskan entiti jahat dan melakukan the marvelous terrasact untuk kembali semula ke bumi.

Star Ranking
3.5 over 5

GuestBook