Friday, August 10, 2018

Pad Man


Pad Man

Movie Title
Pad Man

Release
2018

Komen
Serius cerita ni sangat memberi motivasi dan inovasi pada aku. Plot simple aje berdasarkan kisah benar. Keprihatinan yang sangat mendalam hingga menyebabkan seorang biasa menjadi inovator yang dikenali ramai. Terbaeekkk!!!!

Sinopsis
Lakshmikant pelik apabila melihat isteriya yang akan berasingan dengannya setiap kali tiba minggu uzur. Dia cuba membeli pad yang pada ketika itu sangat mahal. Isterinya juga enggan untuk menggunakan disebabkan harga yang sangat tinggi. Selepas satu insiden ditempat kerja, kata-kata dari doktor yang merawat rakan sekerjanya membuka minda Lakshmi untuk menghasilkan pad baharu dengan harga mampu milik pada semua. Sikapnya menyebabkan seluruh penduduk menggelarnya gila namun dia tetap tidak patah semangat. Pertemuannya dengan Pari meningkatkan semula semangatnya. Hasilnya diangkat ke pertandingan inovasi dan berjaya menggondol anugerah. Namun dia tidak mahu menjual inovasinya disebabkan kos akan mula meningkat semula sedangkan cita-citanya adalah untuk menghasilkan barang mampu milik oleh semua. Bersama Pari dia mula bergerak dari kampung ke kampung dan memperkenalkan inovasinya. Hasil usahanya mula membuahkan hasil dan diiktiraf sehingga dia mula dikenali sehingga ke tahap antarabangsa.

Star Ranking
4.5 over 5

Friday, August 3, 2018

Kaala


Kaala

Movie Title
Kaala

Release
2018

Komen
Lagi cerita pasal kuasa rakyat. Memang tahun ni bertaburan filem berkaitan pasal kuasa rakyat. Nampak dah rajni dah makin tua. Aku tak berapa suka sangat sebab banyak sangat orang mati dalam cerita ni. Sangat straight forward. And of coz aku pun tak pasti rajni mati ke idak malam dia kena ambush sebelum orang jahat tu mati kena keroyok reramai.

Sinopsis
Kisah menteri Hari Dhadha yang cuba merampas tanah dan membangunkan kawasan Dharavi. Usahanya sentiasa digagalkan oleh Kaala. Kepulangan Zareena, bekas kekasih Kaala untuk membangunkan kawasan itu mendapat sambutan semua, sehinggalah Kaala mendedahkan yang Hari Dhadha sebagai dalang sebenar. Isteri dan anaknya terbunuh dalam keadaan kacau bilau yang ditimbulkan Hari Dhadha. Kemuncak kekacauan yang ditimbulkan menyebabkan rakyat mula sedar dan melawan semula. Usaha terakhir Hari Dhadha untuk membunuh Kaala juga menambahkan lagi kemarahan rakyat dan dia terbunuh semasa upacara pengambilan tanah Dharavi. 

Star Ranking
4.0 over 5

Friday, July 20, 2018

Bharat Ane Nenu


Bharat Ane Nenu

Movie Title
Bharat Ane Nenu

Release
2018

Komen
Lama tak nulis pasal movie kan. Cerita ni serius best! Memang terbaeekkk!!!! Kisah politik era baharu. Penyusunan plot yang menarik dan ending memang cool beb!

Sinopsis
Kisah bermula dengan hero Bharat yang menerima ijazah kelimanya di Universiti Oxford. Dalam dia berkira-kira untuk menyambung pengajiannya dengan ilmu baharu, dia menerima pengkhabaran berkenaan kematian bapanya, Ketua Menteri negeri Andhra Pradesh meninggal dunia. Dalam perjalanan pulang ke tempat yang tidak disukainya itu, dia mengimbas semula kisah silamnya semasa kecil. Ibunya yang mendidiknya dengan tegas; dan bapanya yang sibuk dengan politik. Setelah kematian ibunya, bapanya berkahwin dengan ibu tirinya yang baginya tidak menyayanginya. Dengan kesibukan bapanya dan ketidakendahan ibu tirinya; dia lebih rapat dengan jiran sebelah rumahnya. Apabila jirannya berhijrah ke London, dia meminta izin bapanya untuk ikut serta ke London.

Setibanya dia di rumah bapanya. Semua upacara telah selesai. Dia mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar negeri dan sangat pelik dengan sikap masyarakat setempat. Sedang dia berkira-kira untuk pulang semula ke London, pakciknya meminta dia untuk menjadi Ketua Menteri menggantikan bapanya. Walaupun berat, akhirnya dia menerimanya. Dan bermulalah kisah Ketua Menteri termuda mentadbir negeri Andhra Pradesh.

Dia mengubah dasar dan pegawai yang ada menyebabkan timbul keresahan di kalangan semua menteri. Pelbagai cubaan menjatuhkannya tapi dia berjaya mengekangnya dengan baik menyebabkan rakyat bertambah sayang dengannya. Akhirnya terbongkar pelbagai salah laku yang menyebabkan rakyat menderita selama ini yang didalangi oleh pakciknya sendiri. 

Star Ranking
4.8 over 5

Wednesday, June 13, 2018

Rangasthalam


Rangasthalam

Movie Title
Rangasthalam

Release
2018

Komen
Cerita simple tapi menarik beb. Kisah rakyat marhaen yang dikekang haknya di kampung Rangasthalam. Penyusunan plot yang menarik dan ending memang luar jangka habis. Terbaeekkk!!!!

Sinopsis
Cerita bermula dengan hero Chitti menyelamatkan Daksina Murthy, seorang menteri yang dilanggar lari oleh sebuah lori. Dia terus menjaga Murthy di hospital walau orang lain semua dah berputus harap. Kisah kemudiannya diflashback ke kampung Rangasthalam. Chitti seorang pemuda separa pekak yang baik dan suka menolong orang. Dia bekerja dengan Rangamma yang digelarnya makcik dan jatuh cinta pandang pertama dengan Ramalakshmi. Rangasthalam dikuasai oleh presiden. Itu yang digelar semua orang. Dia sentiasa menang dalam pemilihan ketua disitu dan tiada siapa berani melawan kehendaknya sejak 30 tahun yang lepas. Dia memeras orang kampung dengan kejam.

Satu hari abang Chitti, Kumar pulang dari Dubai. Dia merasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku di kampungnya. Dia mula mencalonkan dirinya sebagai calon ketua kampung menentang presiden. Disokong oleh menteri Dakshina Murthy Kumar dan Chiti mula meraih sokongan orang kampung. Rangamma mula merasa risau dan bercerita pada Chitti apa yang sebenarnya berlaku pada suaminya. Rupanya, suaminya telah dibunuh setelah cuba bertanding ketua kampung pada sesi yang lepas. Chitti mula menjaga abangnya dimana-mana sahaja.

Suatu malam Kumar keluar berjumpa dengan teman wanitanya, Padma tanpa memberitahu Chitti. Dia terdedah dengan serangan orang presiden dan mati disebuah gerai selepas diselamatkan Chitti. Chitti mula mengamuk dan menyerang presiden bersama semua orang kampung. Presiden dan orang-orangnya lari meninggalkan kampung dan perubahan kuasa beralih pada Rangamma yang dipilih menggantikan Kumar. Chitti pada masa yang sama masih meneruskan pencariannya menjejak presiden.

Cerita kembali ke saat Chitti menjaga Dakshina Murthy di hospital. Setelah dua tahun akhirnya Murthy sembuh. Dua bulan kemudian, Chitti berjumpa Murthy secara bersendirian untuk menyelesaikan urusannya; mengetahui sebab sebenar kenapa Murthy membunuh abangnya sebelum membunuhnya.

Star Ranking
4.8 over 5

Thursday, June 7, 2018

Diya


Diya

Movie Title
Diya

Release
2018

Komen
Pergghhh. Cerita hantu comel kot. Tu sebab sanggup layan dari mula sampai habis. Lepas bapa mertua dia mati macam dah boleh target siapa akan mati seterusnya. Cuma. Ending dia memang luar jangka. Tak sangka yang last sekali mati adalah mak dia sendiri. Best beb layan.

Sinopsis
Kisah Tulasi dan Khrisna yang dipaksa untuk menggugurkan kandungannya di usia remaja. Tulasi masih tidak dapat melupakan kandungannya yang dinamakannya sebagai Diya. 5 tahun kemudian mereka dikahwinkan sepertimana perjanjian antara keluarga mereka dan ketika ini kelibat Diya semakin ketara. Mangsa pertama Diya adalah ayah mertua Tulasi dan selepas itu seorang demi seorang yang terlibat dalam kes penggugurannya mati. Mangsa terakhir adalah ayahnya sendiri iaitu Krishna. Namun akhirnya kemarahan Diya dapat ditenangkan oleh ibunya Tulasi.

Star Ranking
4.5 over 5

Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders


Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders

Movie Title
Kamen Rider Heisei Generations FINAL: Build & Ex-Aid with Legend Riders

Release
2017

Komen
Kamen Rider memang best dilayan terutama bila dijadikan movie. Legend Rider pun dah makin naik ke atas. Takde lagi dah legendary seven yang mana aku membesar bersama satu ketika dulu. La ni legend dan main around heisei aje. OOO dan Fourze memang cool beb. Kisah Ankh yang hidup semula untuk Tajador memang best!

Sinopsis
Ex Aid dan Para-DX bertempur dan dikalahkan oleh Build 2 tahun lepas. Ex-Aid hilang kuasa manakala Para-DX tercampak ke dunia Build. Sento menerima dua botol baharu dari insiden yang disangkanya cuma mimpi. Dunia seterusnya dikejutkan dengan kehadiran Nebula Bugster yang mana hanya boleh dikalahkan oleh Kamen Rider berunsur permainan video. Ryuga tercampak ke dunia Ex-Aid ketika cuba merampas kembali botol baharu daripada Kaiser yang menyerang mereka menerusi Enigma. Enigma dan Kaiser wujud dan mereka cuba untuk menyatukan kedua-dua dunia. Kejadian ini mengejutkan Kamen Rider lain, Fourze, OOO, Gaim, dan Ghost untuk turut sama berjuang memusnahkan Enigma dan mengalahkan Kaiser.

Star Ranking
3.5 over 5

A Wrinkle in Time


A Wrinkle in Time

Movie Title
A Wrinkle in Time

Release
2018

Komen
Filem sains fiksyen yang padat dipenuhi dengan kesan CGI. Saduran novel dengan tajuk yang sama. A bit lost dan bila dah jumpa bapak dia terus jadi macam filem gred C. But for me. So so lah.

Sinopsis
Kisah seorang budak perempuan, Meg Murry yang hilang semangat selepas kehilangan bapanya seorang saintis yang menjumpai kaedah mengembara ke alam semesta menggunakan minda dan fikiran yang dikenali sebagai Terrasect. Adiknya Charles Wallace yang sentiasa berkelakuan pelik memperkenalkannya dengan Mrs Whatsit, Mrs Who dan Mrs Which. Bersama rakan sekelasnya Calvin mereka mengembara merentasi alam semesta untuk menyelamatkan bapanya yang ditawan entiti jahat. Pengembaraan ini merubah segalanya dan membina jati diri baharu pada mereka bertiga. Bapanya dapat diselamatkan namun adiknya diserap oleh entiti jahat tersebut. Meg Murry berjaya membina semula keyakinan dan jati dirinya seterusnya menewaskan entiti jahat dan melakukan the marvelous terrasact untuk kembali semula ke bumi.

Star Ranking
3.5 over 5

Friday, June 1, 2018

A Better Tomorrow 4

A Better Tomorrow 4

Movie Title
A Better Tomorrow 4

Release
2018

Komen
Filem remake A Better Tomorrow tahun 1986. Bagi aku memang heavy drama yang menarik. Jalan cerita dan setting yang a bit berbeza berbanding asal. Layan beb.

Sinopsis
Kisah konflik antara dua adik beradik yang mana Kai, seorang penyeludup dengan adiknya Chao, seorang anggota polis apabila Chao memberkas abangnya ketika satu serbuan. Konflik bertambah hebat apabila bapa mereka mati ketika kumpulan penyeludup yang diketuai oleh Ha datang meyelongkar di rumah Kai. Kai cuba berubah menjadi baik setelah keluar dari tahanan setelah 3 tahun. Namun kumpulan penyeludup masih mengekorinya dan mengajaknya pulang ke kancah jenayah. Ditemani Ma Ke iaitu adik angkatnya, Kai masih berupaya untuk menolak sehinggalah Ha bertambah aggresif mengganggu keluarga dan teman rapatnya. Mereka akhirnya bersatu tenaga untuk melawan dan menghapuskan Ha dan kumpulannya.

Star Ranking
4.5 over 5

Ajin : Demi-Human

Ajin : Demi-Human

Movie Title
Ajin : Demi-Human

Release
2017

Komen
Lebih 10 kali aku nengok. Bukan 10 kali dari awal, tapi sambung sambung sebab aku bakal terlelap di mana-mana part. Susah tul nak abihkan. Ending OK. Perjalanan. A bit slow.

Sinopsis
Kisah seorang pelajar perubatan, Kei Nagai yang menyedari dia juga adalah Ajin selepas hidup semula selepas dilanggar lori. Dia ditahan oleh kerajaan sebagai ujikaji no 3 dan dibuat pelbagai ujikaji kejam. Berkali-kali dihidupkan semula setelah pelbagai seksaan dilaksanakan. Satu hari dia diselamatkan oleh Sato yang kemudiannya mengajaknya untuk bergabung tenaga untuk melawan kerajaan. Sato actually ujikaji no 1 dan mempunyai dendam yang tinggi pada kerajaan yang mana melaksanakan ujikaji padanya sejak dia kanak-kanak lagi. Nagai walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan kekejaman Sato dan bergabung tenaga dengan kerajaan untuk melawan Sato. Kerajaan tetap ingin menghapuskan semua Ajin dan Nagai tidak terkecuali walaupun dia memberikan bantuan pada kerajaan. At the end both of them tetap survive walaupun diserang oleh tentera anti ajin semasa pertarungan terakhir di menara kerajaan.

Star Ranking
4 over 5

Thursday, May 31, 2018

The Greatest Showman


The Greatest Showman

Movie Title
The Greatest Showman

Release
2017

Komen
Memang terbaik!!! Toksah cerita la pasal muzik dalam cerita ni. Memang memukau beb. Two thumbs up! Lama kot aku peram posting pasal movie ni. Hehehe.

Sinopsis
Kisah perjalanan kerjaya P.T. Barnum membina sarkis terhebat di zamannya. Daripada seorang pekerja makan gaji, dia mengorak langkah membina muzium yang kemudiannya ditukar kepada sarkis dengan himpunan orang-orang yang disisihkan masyarakat. Sarkisnya berjaya menjadi tarikan dan pujaan ramai.

Star Ranking
4.7 over 5

Thalaivaa


Thalaivaa

Movie Title
Thalaivaa

Release
2013

Komen
Layan balik cerita Vijay tahun 2013. Kisah pasal kepimpinan yang bukannya datang bergolek. Suka nengok si Vijay babyface ni. Tapi lagi suka nengok Sathyaraj yang melakonkan watak Ramadorai. Memang cool beb. Watak masa muda dan masa dia dah jadi pemimpin yang dihormati masyarakat setempat. Kalau tak perasan dia la Katappa dalam cerita Bhahubali. Rasa nak layan Bhahubali semula. Cool beb cerita ni.

Star Ranking
4.6 over 5

Sinopsis
Ramadorai terpaksa menggalas tanggungjawab ketua masyarakat setelah kematian ketua terdahulu. Apabila isterinya mati ketika cubaan bunuhnya dia telah mengamanahkan anaknya Vishwa untuk dibesarkan di luar negara dan merahsiakan apa yang berlaku di India. Vishwa membesar di Australia sebagai pengimport air dan penari. Dia telah jatuh cinta dengan Meera anak seorang pengusaha restoran di sana. Meera mendesak Vishwa untuk bertemu dengan bapanya bagi memohon restu untuk perkahwinan mereka. Di sini lah terbongkarnya yang Meera adalah seorang polis yang bertanggungjawab untuk menangkap Ramadorai. Setelah berjaya ditangkap Ramadorai dibunuh oleh Bhima, musuh bapanya. Pertemuan Vishwa dengan bapanya membulatkan tekadnya untuk meneruskan legasi bapanya di Mumbai. Menjadi pelindung masyarakat setempat.

Friday, May 25, 2018

Baaghi 2


Baaghi 2

Movie Title
Baaghi 2

Release
2018

Komen
Nampaknya minggu ni memang aku layan filem benua India ya. Kekeke. Cuma cerita ni a bit of psiko. Filem adaptasi filem telegu 2016 Kshanam diberi nafas baharu. Cuma banyak adegan yang dah tak masuk akal bila seorang komando kalahkan the whole batalion team penjahat dan terus hidup sampai ke akhir. Biasa la kan.

Star Ranking
4 over 5

Sinopsis
Ronny, seorang komando dapat panggilan dari ex girlfriend dia, Neha. Neha mengatakan yang anaknya diculik. Bila Ronny menyiasat, maklumat diterima tak seperti yang disampaikan oleh Neha padanya. Sampai satu ketika Neha, dilihat seperti dalam dunia dia sendiri, sendirian bila semua orang beri maklumat yang langsung tak sama. Ketika mana Ronny sedar Neha tak berbohong, masanya dah terlambat. Neha dah menemui ajal. Ronny akhirnya terpaksa bertindak diluar batasan dan menemui kebenaran yang diluar jangka. Neha dikhianati oleh suaminya sendiri dan Rhea yang dicari itu adalah anaknya sendiri bersama Neha.

Thursday, May 24, 2018

Hichki


Hichki

Movie Title
Hichki

Release
2018

Komen
Ramai orang yang pelik dengan aku sebenarnya. Aku suka layan cerita Tamil, Hindi, Thailand dan of coz Stephen Chow. Realiti kehidupan. Tu je yang aku boleh cakap. Cerita-cerita ni penuh dengan keberanian memperdebatkan realiti kehidupan. Maybe ni salah satu cara pembelajaran aku. Dari kecik aku suka layan movie terutama tamil. Tersirat beb. Sama macam cerita ni. Realiti ketaksamarataan dan kekurangan yang dijadikan pengukuran utama dalam dunia. Kalau korang pelik terus diberi dilabel sedangkan banyak keistimewaan lain yang diabaikan hanya kerana kekurangan yang tampak.

Star Ranking
4.7 over 5

Sinopsis
Naina seorang gadis yang menghidap sindrom Tourette bercita-cita ingin menjadi seorang guru walaupun dia mempunyai double Master dalam bidang yang menjanjikan lebih pulangan dalam hidupnya. Setelah 5 tahun mencuba dan ditolak, akhirnya dia berjaya diterima mengajar di sekolah St. Notker untuk menguruskan kelas 9F, kelas terakhir yang rata-rata muridnya dari kelas bawahan yang terpaksa sekolah terima demi akta pendidikan wajib. Disinilah dia membawa hasrat dan impiannya membentuk pelajarnya daripada zero kepada pelajar terbaik St. Notker dalam keadaan serba kekurangan dan pelbagai tekanan dari pentadbir sendiri dengan kaedah pembelajarannya yang tersendiri.

3 Idiots


3 Idiots

Movie Title
3 Idiots

Release
2009

Komen
Cerita ni memang masyuk. Ni ntah kali ke berapa aku ulang. 2009 kot. Memang menarik sebab ianya membincangkan secara serius betapa terkongkongnya sistem pendidikan di dunia ni. Bagaimana kita melabel seseorang itu bodoh disebabkan ianya tidak mengikut landasan yang kita sendiri tetapkan. Ni la antara benda yang aku selalu pesan pada kebudaks aku dulu. Masing-masing ada bakat tersendiri. Tak semestinya kita anggap kita ni bodoh hanya kerana kita tak berjaya mengikut landasan yang bukannya bidang kita. Hanya kita yang tahu apa kekuatan kita dan boost up bakat dan minat kita. Yang penting adalah ilmu yang diperolehi dan bukannya nombor atau sijil. Saja ulang balik untuk refresh semula the passion inside the storyline. Cerita ni juga dah diremake. 2012 Nanban (Telegu) dan 2017 3 Idiotas (Mexico)

Star Ranking
4.5 over 5

Sinopsis
Farhan dan Raju bertemu semula dengan Chatur berkenaan janji mereka 10 tahun yang lepas dimana mereka akan tengok semula siapa yang paling berjaya antara mereka. Mereka seterusnya bergerak ke Shimla untuk bertemu dengan Rancho untuk melihat sejauh mana kejayaan budak terpintar kolej. Dalam perjalanan mereka mengimbau semula zaman persekolahan di kolej kejuruteraan. Apabila tiba ke Shimla mereka dapati Rancho bukanlah sepertimana yang mereka bayangkan. Penyamaran di sebalik watak Rancho perlu dicari. Akhirnya mereka bertemu dengannya. Dialah Wangdu, iaitu saintis yang terhebat ketika itu dan dialah yang menyamar sebagai Rancho demi ilmu.

Middle Class Abbayi (MCA)


Middle Class Abbayi (MCA)

Movie Title
Middle Class Abbayi (MCA)

Release
2017

Komen
Actually. Dari mula cerita aku tertanya tanya macamana agaknya cerita ni akan diolah. Sebab. Memang cerita rakyat kebanyakan menghadapi kehidupan biasa seharian. Tapi. Bila dah masuk Shiva. Dah masuk kakak ipar dia dipindahkan. Dah masuk kes penahanan bas haram shiva. Cerita ni mula menjadi terbaeekkk!!!! Memang best. Layan

Star Ranking
4 over 5

Sinopsis
Kisah kehidupan rakyat marhaen dengan sedikit kelebihan. Nani mempunyai satu kelebihan yang membezakan dia dengan rakan dan keluarga dia iaitu ingatan fotografik. Dia hidup bersama dengan abangnya dari kecil dan bila abangnya berkahwin dengan Jyothi, seorang pegawai tinggi RTO dia mula rasa hidup dia terganggu. Bila Jyothi dipindahkan ke Warangal kat sini baru kisah ni mula plot dia. Nani diminta abang dia untuk tinggal bersama Jyothi. Kekangan Jyothi menyebabkan Nani giveup dan lari semula kepada abangnya. Tapi berkenalan dengan Chinni menyebabkan dia terus kekal di Warangal. Kes Shiva gangter besar Warangal dengan kakaknya juga membuatkan filem ini bertambah hebat. Masa ni Nani dah sedar pengorbanan Jyothi padanya dan dia mengambil keputusan mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan Jyothi. Nak tahu apa jadi. Layan la ye.


GuestBook