Saturday, April 30, 2016

Neerja


Neerja

Movie Title
Neerja

Release
2016

Sinopsis
Kisah biografi tentang keberanian Neerja Bhanot yang mempertaruhkan nyawanya dalam mempertahankan dan menyelamatkan nyawa 359 penumpang Pan Am yang ditawan pengganas pada tahun 1986.

Komen
Menarik. Cuma banyak selang seli flashback ingatan dia bersama bekas suaminya tu kadang-kadang memblankkan suasana.

Star Ranking
4 over 5

Friday, April 29, 2016

Ghayal Once Again

Ghayal Once Again

Ghayal Once Again

Movie Title
Ghayal Once Again

Release
2016

Sinopsis
Kisah Ajay Mehra yang menubuhkan syarikat akhbar Satyakam; setelah selesai hukuman penjara ke atas dirinya. Dia, dengan dibantu dengan rakan-rakan setianya; cuba mengubah dunia, yang semakin terpesong dari kebenaran. Setelah menyelesaikan satu kes wartawan yang membunuh diri; dirinya semakin dikenali atas nama kebenaran.

Salah seorang rakan rapatnya Joe D'Souza mati dalam satu kemalangan maut yang turut melibatkan 11 lagi nyawa. Namun kisah disebaliknya merumitkan keadaan. D'Souza dibunuh oleh Kabir Raj Bansal, anak Raj Bansal yang menguasai segalanya. Demi menutup kisah, mayat Joe dikaburnya dengan kes kemalangan yang dicipta.

Namun demikian, 4 orang anak muda yang kebetulan merakam alam semulajadi secara tak sengaja telah merakamkan setiap saat, ketika Joe mati dibunuh Kabir. Rakaman tersebut cuba diserahkan pada Ajay, namun Bansal telah mengesan apa yang mereka hajati lantas mengarahkan semua pasukannya menjejaki 4 anak muda ini.

Dengan kekuatan yang dimiliki Bansal, dari telekomunikasi, sehinggalah ke jentera kerajaan membolehkannya mendapat apa yang dikehendakinya. Namun, tindakannya untuk menahan salah seorang gadis yang juga anak kepada Ajay membawa kepada serbuan Ajay ke rumah agam Bansal dan memporak perandakannya. Akhirnya, anaknya berjaya diselamatkan dan Bansal dan konco-konconya ditahan.

Komen
Cool beb! Sambungan kisah Ghayal (1990). Dulu pasal abangnya dia mengamuk. La ni pasal anaknya pulak. Memang terbaeekkk!!!! A bit slow pada mulanya. Tapi bila dah mula... jeng jeng jeng

Star Ranking
4.5 over 5

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 14 Finale : Ejen #BOCEY kekal unggul


Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 14 Finale : Ejen #BOCEY kekal unggul. Misi akhir mengambil tempat di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor. Semua dah boleh baca dari awal. Keputusan adalah seperti berikut :

Juara : BOCEY
Naib Juara : JORAS
Ketiga : PUTEH
Keempat : LOL

Friday, April 22, 2016

The Jungle Book


The Jungle Book

Movie Title
The Jungle Book

Release
2016

Sinopsis
Kisah Mowgli, bayi manusia yang ditemui oleh Bagheera, sang harimau kumbang; dibesarkan dalam kumpulan Serigala yang diketuai oleh Akela. Ketika musim kemarau, kelibat Mowgli telah dikesan oleh Shere Khan, Harimau Belang yang amat membenci manusia; juga harimau yang membunuh bapa Mowgli satu ketika dahulu.

Shere Khan memberi amaran dan ancaman kepada kumpulan serigala berkaitan Mowgli. Akhirnya Mowgli mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut demi menjaga keselamatan mereka. Ditemani oleh Bagheera, Mowgli meneruskan perjalanan pulang ke kawasan penempatan manusia seperti dicadangkan oleh Bagheera. Malangnya Shere Khan telah menghendap mereka. Walaubagaimanapun Mowgli berjaga melepaskan diri dengan bantuan Bagheera.

Mowgli tersesat masuk ke kawasan Kaa, sang ular sawa namun dapat diselamatkan oleh Baloo, sang beruang yang kemudiannya mengekploitasi kepintaran dan kelebihan Mowgli untuk kesenangan dirinya. Bagheera berjaya menemui semula Mowgli dan berjaya memujuk Baloo untuk melepaskan Mowgli kembali ke penempatan manusia. Namun, belum sempat mereka bertolak, Mowgli diculik oleh King Louie, raja kepada semua monyet.

King Louie memujuk Mowgli untuk menyertainya dalam merajai kawasan hutan tersebut kerana baginya manusia mempunyai satu-satunya kelebihan iaitu dapat menghasilkan 'Red Flower' yang amat ditakuti oleh semua binatang buas di situ. Mowgli menolak dan melarikan diri bersama Baloo dan Bagheera. Dalam pergelutan, King Louie terbunuh namun sempat menyatakan berkaitan kematian Akela.

Mowgli menjadi marah dan terus ke penempatan manusia untuk mengambil 'Red Flower' yang akan digunakan untuk menewaskan Shere Khan. Akhirnya Shere Khan terbunuh dalam pertempuran akhir bersama Mowgli.

Komen
Boleh tahan. Sesuai layan bersama anak-anak. Kosongkan minda terutama Jungle Book Jason Scott Lee (1994). Yang ni semua binatang boleh bercakap sesama mereka dan Mowgli.

Star Ranking
4 over 5

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 #RAYZA kecundang


Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 13 #RAYZA kecundang. Tema minggu 13 adalah "Trend Terkini" dan "Pantun". Minggu depan Finale! 4 ejen layak ke akhir. Puteh, LOL, Joras dan Bocey. Tahniah.

Boboiboy : The Movie

Boboiboy : The Movie

Boboiboy : The Movie

Movie Title
Boboiboy : The Movie

Release
2016

Sinopsis
Kumpulan Tengkotak, satu kumpulan jahat memburu Klamkabot, Sfera Kuasa Generasi Pertama untuk merampas kuasanya, satu-satunya kuasa terhebat iaitu Kuasa Teleportasi. Dalam pengejaran terakhir, Klamkabot berjaya meloloskan diri ke Bumi membawa bersama pulau terapung yang terkandung dalamnya makmal rahsia Sfera Kuasa.

Klamkabot seterusnya meminta pertolongan daripada Ochobot untuk membantunya. Malangnya Ochobot diculik oleh Bora Ra, Ketua Kumpulan Tengkotak. Ochobot dipaksa mengesan Klamkabot di pulau terapung. Dalam pencarian tersebut, Klamkabot berjaya melepaskan Ochobot daripada genggaman Tengkotak.

Sementara itu Boboiboy bersama rakannya tiba ke situ untuk misi menyelamat Ochobot. Melalui pertarungan awal, Bora Ra berjaya menawan Klamkabot bersama Papa Zola. Misi Bora Ra untuk merampas kuasa Teleportasi gagal disebabkan Klamkabot sempat mengalihkan satu-satunya kuasanya kepada Ochobot.

Ochobot seterusnya dibawa ke makmal sfera kuasa bagi proses upgrade supaya ianya dapat menggunakan kuasa itu untuk melarikan diri daripada Bora Ra. Bora Ra menggunakan Papa Zola sebagai umpan dan berjaya merampas kuasa teleportasi dari Ochobot. Sebelum musnah Ochobot sempat melepaskan kuasanya pada Boboiboy dan rakan-rakan bagi meningkatkan kuasa masing-masing.

Akhirnya Bora Ra berjaya ditewaskan oleh Boboiboy yang menjalani peningkatan kuasa. Ochobot pula dihidupkan kembali oleh Klamkabot yang menyerahkan keseluruhan kuasanya disebabkan terharu dengan kuasa persahabatan antara Ochobot dan Boboiboy.

Komen
Cool. Tetambah kuasa upgrade kat hujung tu. Kuasa Solar tu sekali nengok dah cam cyclop.

Star Ranking
4.5 over 5

Thursday, April 21, 2016

Jarhead 3: The Siege


Jarhead 3: The Siege

Movie Title
Jarhead 3: The Siege

Release
2016

Sinopsis
Kisah Evan Albright yang baru ditempatkan di Kedutaan US. Dengan semangat nak jadi yang terbaik, dia tidak berpuas hati dengan kerjayanya dan suasana disitu. Dia sentiasa berwaspada dan cuba memberi amaran berkaitan keadaan sekeliling, tetapi tidak diendahkan. Sehinggalah apa yang diramalkan menjadi kenyataan dimana Kedutaan diserang. Kini tugasnya bertukar menjadi misi menjaga keselamatan setiap petugas terutama duta sehinggalah bantuan tiba ke situ.

Komen
Best. Memang best layan!

Star Ranking
4 over 5

Wednesday, April 20, 2016

Bajirao Mastani

Bajirao Mastani

Bajirao Mastani

Movie Title
Bajirao Mastani

Release
2015

Sinopsis
Kisah percintaan tidak direstui antara dua insan, Perdana Menteri Hindu Bajirao Ballad dengan isteri keduanya, Puteri Raja Islam Mastani. Percintaan mereka bermula di medan perang, bilamana Mastani bertemu dengan Bajirao untuk meminta bantuan menyelamatkan negerinya dari serangan negeri lain. Ketabahan dan semangat Mastani menarik minat Bajirao untuk menghulurkan bantuan padanya. Dalam peperangan tersebut Mastani dilukai oleh Bajirao yang tersalah sangka ketika Mastani menyelamatkan dirinya. Setelah menawarkan racun dari badan Mastani, Bajirao telah menyerahkan badik yang digunakannya pada Mastani. Tanpa dia sedari, adat negeri itu menyatakan apabila perempuan menerima badik daripada lelaki, bermakna perempuan itu telah dinikahi oleh pemberi badik tersebut.

Kejadian ini menyebabkan keadaan menjadi sedikit kucar kacir di istana. Namun, Mastani memang menerima dan sanggup menghadapi apa sahaja keadaan yang mendatang atas perkahwinan berlainan agama ini. Dia disambut dengan pelbagai cara yang cuba menjatuhkan maruahnya, ditempatkan di rumah pelacuran, dijadikan penari raja dan pelbagai lagi. Namun dia tetap tabah mengharungi segala rintangan demi bersama Bajirao.

Kemuncak cerita ini adalah apabila Mastani ditangkap dan dipenjarakan oleh keluarga Bajirao ketika Bajirao keluar berperang. Apabila diketahui keadaan ini, Bajirao mengamuk dan telah mengambil keputusan untuk menghabiskan peperangan ini dengan cepat supaya dia dapat kembali menyelamatkan Mastani. Keseorangan, dia berperang dengan musuh dan cedera teruk.

Walaupun mendapat kemenangan tadi keadaannya semakin hari semakin buruk. Raja menitahkan supaya apa yang diminta Bajirao ditunaikan. Namun, keadaan telah terlambat. Keadaannya yang semakin teruk menyebabkan akhirnya Bajirao mati. Mastani juga mati dalam kurungan pada detik yang sama dalam kurungan hasil deraan yang diterima disebabkan keengganannya untuk tidak meninggalkan Bajirao.

Komen
Best. Tapi memang lama jugak aku amikkan masa untuk habiskan. Tengok runcit runcit. Tapi dapatlah the whole idea.

Star Ranking
4 over 5

Friday, April 15, 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12 Suku Akhir

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12 Suku Akhir

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 12 Suku Akhir. Tema minggu 12 adalah "Radio" dan "Artis Jemputan". Kelima-lima EJEN layak ke Separuh Akhir! Macam fake betul.

The Monkey King 2

The Monkey King 2

The Monkey King 2

Movie Title
The Monkey King 2

Release
2016

Sinopsis
Kisah pengembaraan Raja Monyet, Sun Wukong yang perlu membawa gurunya, sami muda Tang Sanzang bersama dua lagi teman, Zhu Ba Jie dan Sha Wu Jing ke Kuil Leiyin di Puncak Nasar di India bagi mengambil Kitab. Perjalanan mereka terhalang oleh dua kumpulan yang ingin memakan Tang Sanzang bagi tujuan yang berbeza. Kumpulan pertama adalah Raja Yun Hai Xi dengan tujuan membuang sumpahan yang dikenakan padanya. Kumpulan kedua adalah Syaitan Tengkorak Putih yang inginkan keabadian hidup.

Dalam perjalanan, mereka diintip dan diserang oleh kumpulan Syaitan Tengkorak Putih. Tapi atas kehebatan Sun Wukong, Sanzang terselamat. Namun, imej Sun Wukong tercalar disebabkan penyamaran yang dijalankan oleh Syaitan Tengkorak Putih. Apa yang kelihatan adalah pembunuhan orang yang tidak berdosa oleh Sun Wukong.

Mereka disambut dengan baik oleh Raja Yun Hai Xi, yang kemudiannya menangkap Sanzang untuk dikorbankan. Namun tindakannya dapat dihidu oleh Sun Wukong. Cubaan dapat dipatahkan dan mereka dapat menyelamatkan mangsa raja yang lain dan disambut sebagai wira. Kecewa dengan sikap raja, mereka meninggalkan kota. Pengiktirafan mereka sebagai wira dijadikan batu loncatan oleh Syaitan Tengkorak Putih dan ini menyebabkan sekali lagi Sun Wukong dilihat sebagai pembunuh ganas orang tidak berdosa. Sanzang kecewa dengan Wukong dan menghalaunya dari kumpulan mereka.

Kesempatan ini diambil oleh Syaitan Tengkorak Putih untuk menangkap Sanzang. Namun. Sun Wukong kembali sekali lagi untuk menyelamatkan Sanzang dan membunuh Syaitan Tengkorak Putih. Sanzang mengorbankan dirinya untuk memberi peluang kedua pada Syaitan Tengkorak Putih.

Komen
Cerita yang memang aku paling suka. Lebih best dari Monkey King yang pertama. Kalau korang perasan. Aaron Kwok jadi Raja Lembu dalam yang pertama dan untuk kali ni dia kembali sebagai Raja Monyet menggantikan Donnie Yen. Memang terbaeekkk!!!!

Star Ranking
4.5 over 5

Sunday, April 10, 2016

The Rack Pack

The Rack Pack

The Rack Pack

Movie Title
The Rack Pack

Release
2016

Sinopsis
Kisah benar berdasarkan persengketaan antara juara snuker era 80an Alex 'Hurricane' Higgins sang genius dengan Steve 'The Nugget' Davis, di bawah seliaan Barry Hearn.

Komen
Boleh tahan la untuk motivasi diri. Walau diri tu hebat, natural born genius, tapi sikap buruk yang tak dikekang dengan baik bakal membawa padah. Dari seorang pujaan kepada hilang segala-gala demi dendam dan ego.

Star Ranking
3.5 over 5

Saturday, April 9, 2016

Time Rush

Time Rush

Time Rush

Movie Title
Time Rush

Release
2016

Sinopsis
Kisah Alex yang terbangun dalam keadaan masa yang tinggal pada jamnya adalah 30 minit dan dia perlu lari daripada 3 orang. Setiap kali dia mati, perkara yang sama akan berulang.

Komen
Poning beb. Sekali nengok macam Edge Of Tomorrow. Mati. Ulang semula. Mati. Ulang semula. Sampai la deme hidup bahagia berpeleseran kat tepi pantai. Jangan tengok ahhh. Boring amat. Kelas bawahan tul cerita.

Star Ranking
2 over 5

Friday, April 8, 2016

The Vanished Murderer

The Vanished Murderer

The Vanished Murderer

Movie Title
The Vanished Murderer

Release
2015

Sinopsis
Kisah seorang detektif, Song Donglu yang menyiasat kes Fu Yuan yang melarikan diri dari penjara dengan mengorek terowong menggunakan sudu. Surat yang ditinggalkan Fu membawa Song ke Hong City di mana segalanya bermula.

Setibanya di situ satu kejadian bunuh diri telah berlaku. Diikuti dengan protes pekerja dan membawa kepada pelbagai rentetan kes jenayah lagi. Semua ini dirancang dengan rapi oleh Fu dari dalam penjara lagi demi membalas dendam atas kematian pengasuhnya di Hong City.

Komen
Terbaeekkk!!!! Memang luar jangka. Dari mula sampai ke habis. Sapa penjenayah sebenar, sapa jahat, sapa yang baik. Perghhh!!! Layan.

Star Ranking
4 over 5

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 11 #SAYWHO tewas

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 11 #SAYWHO tewas

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 11 #SAYWHO tewas. Tema minggu 11 adalah "Loghat" dan "Parodi". Minggu depan dah Suku Akhir! Ehem. Ramai ke yang mengundi ni. Cam pelik jer. Juri pun sama pelik jugak.

Ola Bola

Ola Bola

Ola Bola

Movie Title
Ola Bola

Release
2016

Sinopsis
Kisah Ola Bola diilhamkan dari peristiwa sebenar ketika era 80-an bila mana pasukan bola sepak negara berdepan dengan cabaran getir terutama apabila pemain utama tiada akibat kecederaan. Kisah dimulakan dengan Marianne, wartawan ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama. Malangnya bahan yang diperolehinya masih belum cukup dan ini menyebabkan dia terpaksa ke Sabah untuk mencari Eric, salah seorang penyerang utama pada ketika itu.

Dari Eric, dia dibawa untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan bola sepak pada ketika itu yang dipimpin oleh Tauke.

Komen
So so. A nice try. Suatu kelainan. Tapi masih banyak perlu dipertingkatkan. Walaubagaimanapun pujian harus diberikan pada filem ini. Part last tu memang best.

Star Ranking
3.5 over 5

Tuesday, April 5, 2016

Wonderful Nightmare


Wonderful Nightmare

Movie Title
Wonderful Nightmare

Release
2015

Sinopsis
Kisah seorang peguam hebat Yeon-woo yang tidak pernah gagal. Namun dia ada banyak sifat buruk, tak boleh kalah, pentingkan diri, benci komuniti dan banyak lagi. Satu hari dia dihadiahkan kereta sport atas balasan untuk mempercepatkan proses pengambilan sebuah kawasan komuniti. Ketika bersiar-siar dia ditimpa kemalangan.

Dalam keadaan koma, rohnya dah ditukarkan dengan badan baharu. Badan seorang surirumah anak dua. Dia kekok dengan hidup baharunya tetapi dia perlu sesuaikan dirinya dalam tempoh sebulan sebelum dikembalikan ke diri asalnya. Melalui badan baharu dia mula sedar betapa teruknya kehidupannya dahulu. Akhirnya dia mula sedar kesilapan-kesilapannya di masa lalu dan cuba perjuangkan semula melalui kehidupan baharunya.

Bilamana dia dah serasi dengan kehidupan baharunya, sedar tak sedar dia dah mula seronok dengan hidup baharunya dan tak sedar bahawa tempoh sebulannya dah tamat. Dia berpisah dengan keluarga ini dalam keadaan kemalangan tragis dan kembali ke badan asalnya. Dia mula berubah. Dan akhirnya diketemukan semula dengan keluarga ini dalam satu perjalanan ke luar negara.

Komen
Serious best. Two thumbs up!

Star Ranking
4 over 5

Airlift

Airlift

Airlift

Movie Title
Airlift

Release
2016

Sinopsis
Kisah berdasarkan kisah benar, misi penyelamat terbesar membawa pelarian berbangsa India keluar dari Kuwait ketika diserang Iraq oleh seorang lelaki. Ranjit seorang usahawan berjaya di Kuwait. Sentiasa nampak peluang untuk dirinya. Selepas diserang Iraq, Ranjit cuba menyelamatkan diri dan keluarganya. Dalam perjalanan ke kedutaan dia ditahan manakala pemandunya ditembak mati. Kejadian ini mengubah dirinya daripada seorang yang pentingkan diri kepada seorang yang mementingkan kesejahteraan bangsanya. Cabaran demi cabaran datang dan dapat diatasinya. Dan akhirnya, dia berjaya membawa balik 170,000 orang pelarian India menerusi 488 penerbangan dalam tempoh 59 hari.

Komen
Best. Two thumbs up!

Star Ranking
4 over 5

Monday, April 4, 2016

Rocky Handsome


Rocky Handsome

Movie Title
Rocky Handsome

Release
2016

Sinopsis
Kisah Rocky, bekas special ops yang dah bersara selepas isterinya terbunuh; menyendiri, membuka kedai pajak gadai. Dia berjiran dengan Anna dan anaknya Naomi yang suka mencuri. Hubungan Rocky dengan Naomi sangat rapat, dan gelaran Handsome tu diberi oleh Naomi padanya.

Satu hari Anna mencuri dadah dari satu sindiket. Anna dan Naomi diculik. Dan di sinilah ceritanya bermula. Misi Rocky sekarang adalah menyelamatkan Anna dan Naomi dari sindiket ni. Cubaan kali pertama membawa kepada penemuan mayat Anna yang telah dijual semua organnya. Rocky memperhebatkan lagi pencariannya dan akhirnya dia berjaya membunuh semua ahli sindiket dan menyelamatkan Naomi.

Komen
18SG cerita ni. Ganaih baq ang. Memang banyak adegan siat menyiat, tembak menembak. Layannn...

Star Ranking
4 over 5

Sunday, April 3, 2016

Sanam Teri Kasam


Sanam Teri Kasam

Movie Title
Sanam Teri Kasam

Release
2016

Sinopsis
Kisah ini berkisar berkenaan percintaan dua insan berbeza latar belakang, Inder dan Saru. Inder seorang bekas banduan yang tinggal di satu komuniti terkawal. Saru pula dibesarkan dalam keluarga yang memegang kuat ajaran agama dan adat. Saru bertugas sebagai seorang pustakawan. Satu hari Saru terperangkap di dalam lif bersama Inder; dan di sini Inder mula menaruh perasaan pada Saru.

Kisah bermula apabila peminangan Saru ditolak untuk kali kesepuluh. Saru bertemu dengan Inder di rumahnya untuk mohon bantuan makeover dirinya supaya dia dapat memikat lelaki seperti kehendak bapanya. Malangnya, mereka ditangkap basah dan bapanya terus membuang Saru dari hidup mereka sekeluarga dan menganggap dia telah mati.

Inder memberi bantuan pada Saru untuk terus hidup; makeover, rumah dan apa sahaja yang diperlukan Saru. Setelah Saru bertukar perawakan, jejaka idamannya Abhimanyu, mula melamarnya. Walau kecewa Inder tetap membantu menguruskan hidup dan halatuju Saru. Selepas diketahui Saru menghidap tumor di otak, Abhimanyu mula menjauhkan diri dengan Saru. Malah dia tak hadir ke upacara pendaftaran perkahwinan mereka.

Saru kecewa dan terus lari menyendiri dari semua orang. Walaubagaimanapun, Inder tetap mencari dan akhirnya mereka diketemukan jua. Inder menerima keadaan Saru walau dia tahu hayat Saru sudah tiba ke penghujung. Komuniti setempat tetap tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Laporan polis dibuat menyebabkan Inder ditahan polis. Saru mula risau apabila Inder tidak datang bertemunya seperti biasa. Ketika dia membawa diri ke perpustakaan, dia baru tersedar bahawa Inder sentiasa menulis memo pada dirinya pada setiap kad pinjaman buku. Ketika itu barulah dia sedar betapa Inder mencintai dirinya.

Inder akhirnya berkahwin dengan Saru dan meninggal selepas mereka menjadi pasangan suami isteri. Demi wasiat Saru, Inder kembali pada bapa yang dibencinya untuk memohon tanah di mana sebatang pokok Oak ditanam; tempat yang akan menjadi pusara Saru. Bapanya sedar kesilapan masa lalunya pada Inder, tapi semuanya telah terlambat.

Komen
Memang best. Tak pernah aku layan cerita cinta. Tapi yang ni... marbeles.

Star Ranking
4 over 5

Friday, April 1, 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 10 #BORA kecundang

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 10 #BORA kecundang

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 10 #BORA kecundang. Tema minggu 10 adalah "Ayat Power". Ni pendapat aku berkenaan persembahan diaorang. BORA still the same. Dah tepu maybe. JORAS bawa kembali lawak sambungan bangla diaorang dulu. Memang da bomb. Banyak isu terkini dimasukkan. LOL, BOCEY aku rasa a bit bosan pulak malam ni.

GuestBook