Friday, July 20, 2018

Bharat Ane Nenu


Bharat Ane Nenu

Movie Title
Bharat Ane Nenu

Release
2018

Komen
Lama tak nulis pasal movie kan. Cerita ni serius best! Memang terbaeekkk!!!! Kisah politik era baharu. Penyusunan plot yang menarik dan ending memang cool beb!

Sinopsis
Kisah bermula dengan hero Bharat yang menerima ijazah kelimanya di Universiti Oxford. Dalam dia berkira-kira untuk menyambung pengajiannya dengan ilmu baharu, dia menerima pengkhabaran berkenaan kematian bapanya, Ketua Menteri negeri Andhra Pradesh meninggal dunia. Dalam perjalanan pulang ke tempat yang tidak disukainya itu, dia mengimbas semula kisah silamnya semasa kecil. Ibunya yang mendidiknya dengan tegas; dan bapanya yang sibuk dengan politik. Setelah kematian ibunya, bapanya berkahwin dengan ibu tirinya yang baginya tidak menyayanginya. Dengan kesibukan bapanya dan ketidakendahan ibu tirinya; dia lebih rapat dengan jiran sebelah rumahnya. Apabila jirannya berhijrah ke London, dia meminta izin bapanya untuk ikut serta ke London.

Setibanya dia di rumah bapanya. Semua upacara telah selesai. Dia mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar negeri dan sangat pelik dengan sikap masyarakat setempat. Sedang dia berkira-kira untuk pulang semula ke London, pakciknya meminta dia untuk menjadi Ketua Menteri menggantikan bapanya. Walaupun berat, akhirnya dia menerimanya. Dan bermulalah kisah Ketua Menteri termuda mentadbir negeri Andhra Pradesh.

Dia mengubah dasar dan pegawai yang ada menyebabkan timbul keresahan di kalangan semua menteri. Pelbagai cubaan menjatuhkannya tapi dia berjaya mengekangnya dengan baik menyebabkan rakyat bertambah sayang dengannya. Akhirnya terbongkar pelbagai salah laku yang menyebabkan rakyat menderita selama ini yang didalangi oleh pakciknya sendiri. 

Star Ranking
4.8 over 5

No comments:

Post a Comment

GuestBook