Sunday, March 29, 2009
Queen of Langkasuka
Movie Title
Queen of Langkasuka
Release
2008
Sinopsis
Kisah epik yang berlaku di sebuah kerajaan lama Pattani (Area Kelantan, Pattani). Kisah ni memang diambil pada ketika zaman kerajaan lama Pattani di bawah pemerintahan empat raja perempuan; Raja Kuning, Raja Hijau, Raja Biru dan Raja Ungu.
Kisah ni berkisar tentang Putera Rawai yang bergabung dengan ketua lanun Gagak Hitam untuk menggulingkan Raja Hijau. Sentaja yang menjadi rebutan adalah sebuah meriam gergasi yang tenggelam dari sebuah kapal Belanda.
Watak utama, Pari; seorang budak yang dibesarkan disebuah kampung nelayan setelah diselamatkan dari serangan lanun Gagak Hitam; memiliki kuasa ajaib, dan berusaha menentang Gagak Hitam yang juga memiliki kuasa yang sama dengannya.
Raja Hijau dalam masa yang sama turut menghantar Raja Ungu dan Raja Biru ke kampung nelayan itu untuk mencari orang yang boleh menaikkan meriam gergasi tersebut. Semasa di kampung itu, gagak hitam telah melancarkan serangan dan dalam kekeliruan itu Raja Ungu dipercayai terbunuh.
Namun apa yang terjadi adalah Ungu telah diselamatkan Pari dan mereka telah saling jatuh cinta. Di masa yang sama juga kuasa Pari semakin meningkat setelah bertemu dengan Pari Hitam.
Komen
Tajuk asal dia Queen of Pattani. Tapi pasal takut jadi kontroversi ditukar tajuk menjadi Queen of Langkasuka. Filem ni agak melalut sikit. Terlalu lama untuk sesetengah scene. Dari segi CGI ngan muzik memang boleh tahanlah. Yang paling best masa Pari timbul dari permukaan laut sambil menunggang ikan pari gergasi. Pastu keluarkan power dia ditengah-tengah pertempuran kerajaan Pattani dan lanun gagak hitam.
Star Ranking
3 over 5
Web Rasmi
http://www.queensoflangkasuka.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam.
ReplyDeletesuka cerita ala-ala sejarah ni.
nampak macam best je cerita ni.
cite apa ni
ReplyDeletetak pernah dgr la plak
Dyat - boleh tahan la cter ni
ReplyDeletekimizo - citer ni baru jer tayang kat mesia
nice blog bro! =)
ReplyDeletesegala info yang diberi songsang dan salah belaka...
ReplyDeletemaaf berkata tetapi sebagai cikgu info yang diberi sepatutnya betul dan tidak salah...
cerita ini mengambil tetapan di empayar langkasuka yang diperintah oleh puteri Sultan Pahang ketika itu iaitu Puteri Hijau dan adik adik nya, Ungu dan Biru...
peperangan yang berlaku adalah dengan Empayar Ayuthaya yang ingin menguasai langkasuka...
Jajahan Empayar Langkasuka bermula dari Perak, Kedah, Perlis dan Pattani dan ketika itu Istana Puteri Hijau berada di Bruas mengikut sejarah lama dan cakap cakap orang tua...
selebihnya cerita ini telah diolah dengan begitu baik sekali oleh pengarahnya sehingga menjadikan cerita ini adalah milik warga siam tetapi disebaliknya sejarah langkasuka adalah milik kita...
fi'amanillah...
dah tengok! =)
ReplyDeletenape malaysia xbuat citer camni ek? aku rasa citer ni ade kaitan ngan sejarah kelantan..rugi kalo xde orang kite wat cite ni.. sejarah nenek moyang aku tu..hehe
ReplyDelete