Movie Title
Queen of Langkasuka
Release
2008
Sinopsis
Kisah epik yang berlaku di sebuah kerajaan lama Pattani (Area Kelantan, Pattani). Kisah ni memang diambil pada ketika zaman kerajaan lama Pattani di bawah pemerintahan empat raja perempuan; Raja Kuning, Raja Hijau, Raja Biru dan Raja Ungu.
Kisah ni berkisar tentang Putera Rawai yang bergabung dengan ketua lanun Gagak Hitam untuk menggulingkan Raja Hijau. Sentaja yang menjadi rebutan adalah sebuah meriam gergasi yang tenggelam dari sebuah kapal Belanda.
Watak utama, Pari; seorang budak yang dibesarkan disebuah kampung nelayan setelah diselamatkan dari serangan lanun Gagak Hitam; memiliki kuasa ajaib, dan berusaha menentang Gagak Hitam yang juga memiliki kuasa yang sama dengannya.
Raja Hijau dalam masa yang sama turut menghantar Raja Ungu dan Raja Biru ke kampung nelayan itu untuk mencari orang yang boleh menaikkan meriam gergasi tersebut. Semasa di kampung itu, gagak hitam telah melancarkan serangan dan dalam kekeliruan itu Raja Ungu dipercayai terbunuh.
Namun apa yang terjadi adalah Ungu telah diselamatkan Pari dan mereka telah saling jatuh cinta. Di masa yang sama juga kuasa Pari semakin meningkat setelah bertemu dengan Pari Hitam.
Komen
Tajuk asal dia Queen of Pattani. Tapi pasal takut jadi kontroversi ditukar tajuk menjadi Queen of Langkasuka. Filem ni agak melalut sikit. Terlalu lama untuk sesetengah scene. Dari segi CGI ngan muzik memang boleh tahanlah. Yang paling best masa Pari timbul dari permukaan laut sambil menunggang ikan pari gergasi. Pastu keluarkan power dia ditengah-tengah pertempuran kerajaan Pattani dan lanun gagak hitam.
Star Ranking
3 over 5
Web Rasmi
http://www.queensoflangkasuka.com