Friday, March 25, 2016

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 9 #ENJEN tersingkir


Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 9 #ENJEN tersingkir. Tema minggu 9 adalah "Kenangan". Memang sangat layak tersingkir. Bagi aku MLM kali ni paling membosankan. Dari peserta kepada juri. Foul. Namun ada juga yang menyerlah. Cuma, jurang sangat besar antara senior dan yang baru. Memang jelas ketara. Tapi tak boleh lah perkara ni jadi alasan. Ini Maharaja Lawak Mega. Mega beb!

Stephen Chow's The Mermaid

Stephen Chow's The Mermaid

Stephen Chow's The Mermaid

Movie Title
The Mermaid

Release
2016

Sinopsis
Kisah ini berkisar berkenaan kerakusan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga tidak menghiraukan langsung alam sekitar dan makhluk lain mendiaminya. Walaupun Stephen Chow tak berlakon (sigh), tapi auranya dapat disampaikan juga. Cuma tak full tanpa dia.

Watak utama, Liu Xuan seorang billionare rakus mengejar harta. Apa sahaja dia sanggup buat demi kekayaan. Cerita bermula bila dia mula pasang sonar untuk menghalau semua hidupan laut dari kawasan yang dibelinya untuk satu projek mega bersama rakan kongsinya Ruo Lan.

Watak Shan mula muncul, seekor duyung yang ditugaskan untuk menghapuskan Liu Xuan; dengan harapan laut akan kembali boleh didiami. Tapi, yang jadi sebaliknya. Shan dan Liu Xuan saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain, Shan gagalkan cubaan bunuh Liu Xuan; manakala Liu Xuan menutup sonar yang membahayakan duyung. Perkara ini mendatangkan amarah pada Ruo Lan, yang dalam masa yang sama turut mencintai Liu Xuan. Semua duyung diburu dan dia melepaskan amarahnya pada Shan.

At last, Liu Xuan hadir untuk menyelamatkan Shan tanpa mengira keselamatan dirinya lagi. Dan dia seterusnya berubah menjadi pencinta alam sekitar.

Komen
Best. Yang kureng... takde stephen chow. Huhuhuhu

Star Ranking
4 over 5

GuestBook